6 Langkah Keselamatan Rangkaian Wi-Fi Di Rumah

6 Langkah Keselamatan Rangkaian Wi-Fi Di Rumah

Langkah 1 :
Pastikan log masuk dan kata laluan bagi pentadbir pusat akses /penghala rangkaian Wi-Fi anda ditukar kepada kombinasi yang hanya anda tahu.

Langkah 2 :
Beri nama unik kepada nama rangkaian Wi-Fi anda (sering dipanggil SSID) supaya mudah dikenalpasti dan pastikan tiada maklumat peribadi terkandung dalam nama tersebut. Sembunyikan nama rangkaian anda sebagai langkah keselamatan tambahan.

Langkah 3 :
Enkrip komunikasi anda dengan menggunakan ketetapan keselamatan yang tertinggi iaitu Wi-Fi Protective Access Version 2/ WPA2 yang mengkehendakkan kata laluan digunakan sebelum pengguna dapat mengakses rangkaian Wi-Fi anda.

Langkah 4 :
Pastikan kata laluan untuk pengguna rangkaian Wi-Fi anda berbeza dengan kata laluan pentadbir pusat akses/ penghala rangkaian

Langkah 5 :
Gunakan kata laluan yang tidak dapat diteka dengan mudah, dan sekurang-kurangnya 20 aksara dan tukarkan ia sekerap mungkin.

Langkah 6 :
Selalu pantau siapa yang sedang menggunakan rangkaian Wi-Fi anda. Sebagai pentadbir rangkaian anda juga boleh menetapkan senarai komputer (melalui alamat MAC) yang boleh mengakses rangkaian anda. 

KARAR | Direct IT Support

Our Story, KARAR Solutions Sdn Bhd begin in 2008.

After a years, We offer a comprehensive range of managed IT Support packages.

KARAR has provided your business with IT support services which are quick, efficient and user-friendly.

KL Office

Eastern Office